Tuesday 30 November 2010




~~ AKU DAN DIA [B!NtAnG]~~


Seringkali ku termenung..
Impikan bahagia kan berkunjung..

Bintang, alkisah sepasang hati yang sama-sama hilang arah..
Igauan masa lalu bukan lagi alasan untuk mengalah..
Nur kasih menyapa diri tidak disangka cerah..
Terjalin ikatan disebalik lukisan, tercipta nama disebalik cerita indah..
Alangkah bahagianya andai masa bisa berpaling arah..
Nanti diawal sirah menulis semula kisah..
Garapan dua hati kini bahagia sudah..

***

Bulan Ogos, perkenalan bersahaja antara aku dan dia..
Sekadar untuk berkongsi ilmu di dada..
Tutorialku sebagai senjata..
Memikat hati si dia yang ceria..
*Senyum* bergurau saja..

***

Bulan September bulan berpuasa..
Aku sering ‘berbuka’ secara terbuka di’rumah’ si dia..
Tanpa ada rasa apa-apa di jiwa..
Sekadar bersuka-suka dan bergurau senda..
Untuk menghiburkan hati yang lara..
Ketika itu ‘rumah’nya masih gelap gelita..
Tiada salahnya.. “Hitam itu bergaya”..
Raya hampir tiba..
Tak terima pun kad raya dari dia..
*Senyum* tak apa..

***

Raya kelima kami bersua..
“Duit raya mana?”, ayat pertama dari si dia..
Bermula di situ kami bercerita..
Kenal mengenal sudah tentu ya..
Dari awal hingga ke akhir bulan..
Banyak juga yang dibualkan..
Dari soal blog hinggalah ke soal perasaan..
Sekadar berkongsi pendapat dan pengalaman..

***

No comments:

Post a Comment